Kajian menunjukkan bahawa dengan latihan berat, badan anda akan mengalami tekanan oksidasi atau “oxidative stress” selain kerosakan kepada DNA badan. Latihan ketahanan atau “endurance” akan meningkatkan penggunaan oksigen di antara 10 hingga 20 kali ganda berbanding dalam keadaan berehat. Ini secara langsung akan meningkatkan penghasilan radikal-radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kepada otot-otot serta lain-lain tisu dalam badan.

Radikal bebas yang terhasil dari tekanan oksidasi yang berlaku adalah satu kesan dari latihan dalam satu tempoh yang panjang ataupun terlebih berlatih atau “overtraining”. Antara lain, ia boleh menyebabkan kerosakan tisu dan juga  melambatkan proses pemulihan. Bagaimana tu? Proses oksidasi yang berlaku apabila kita berlatih umumnya akan melibatkan molekul-molekul atau atom-atom dalam badan kita kehilangan elektron. Molekul atau atom yang mengambil elektron-elektron ini adalah agen oksidasi. Radikal bebas adalah satu bahan yang amat reaktif dengan keadaan tersebut. Kehilangan elektron membolehkan radikal-radikal bebas mengisi tempat kosong yang ditinggalkan oleh elektron yang terhilang seterusnya boleh menyebabkan kerosakan struktur dalam sel-sel badan.  Kebanyakan radikal bebas terhasil dalam badan kita apabila proses metabolisme berlaku.  Lebih banyak radikal bebas ditambah apabila kita makan, minum dan bernafas selain pencemaran alam sekitar.

Kebanyakan radikal bebas mengandungi molekul-molekul oksigen. Apabila setiap sel menghasilkan tenaga dalam struktur-struktur yang dinamakan Mitokondria, radikal bebas akan terhasil. Radikal bebas ini jugalah yang boleh merosakkan DNA, protein dan juga pada lipid atau lemak. Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan kanser, menghalang aktiviti enzim-enzim dan menghasilkan mutasi terhadap bahan genetik yang menyebabkan proses penuaan yang lebih cepat. Kesan aktiviti radikal bebas kepada DNA umumnya boleh menyebabkan mutasi atau membunuh sel. Walaupun badan kita berupaya untuk menghasilkan enzim-enzim yang boleh memulihkan kerosakan ini dan melambatkan proses penuaan, lama kelamaan kerosakan yang disebabkan radikal bebas ini akan melebihi keupayaan sistem pemulihan badan kita. Fikir-fikirkanlah kesannya.

Bagi seorang ahli sukan, kadar oksidasi adalah lebih tinggi untuk mendapat tenaga lebihan yang diperlukan. Ini bermakna badan kita terpaksa berusaha lebih untuk mengurangkan kesan-kesan negatif dari radikal-radikal bebas ini. Apabila ini berlaku, struktur otot akan rosak; otot akan menjadi tegang, membengkak dan kurang cekap menggunakan tenaga. Sel-sel darah merah juga akan mengalami ‘kebocoran’, pembentukan yang tidak sempurna dan mudah rosak seterusnya boleh menyebabkan anemia.tired_athlete_2_2

Sebenarnya, badan kita sendiri sudahpun mempunyai sistem pertahanan terhadap radikal bebas yang berasaskan antioksida. Antioksida sebenarnya molekul yang boleh berinteraksi dengan radikal-radikal bebas dan menghapuskan kesan berantai yang boleh menyebabkan kerosakan molekul-molekul penting. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam European Journal of Physiology, adalah dicadangkan bahawa pengambilan antioksida seperti dalam kombinasi vitamin A (dlm bentuk Beta Carotene), C dan E berupaya untuk memberikan perlindungan tambahan terutamanya semasa latihan berat, dan dengan memastikan kadar antioksidan yang mencukupi, risiko terhadap jangkitanjuga dapat dikurangkan. Terdapat juga beberapa ujian klinikal yang menunjukkan dengan pengambilan pelbagai jenis antioksida dapat membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas terutamanya kepada ahli-ahli sukan yang lasak. Lain-lain kajian pula menunjukkan bahawa pengambilan makanan tambahan yang mengandungi antioksida dapat mengurangkan risiko jangkitan sistem penafasan (upper respiratory infection) selepas latihan yang berpanjangan seperti berlari maraton.

Vitamin A, C dan E adalah antara antioksida dalam pemakanan yang biasa kita dengar. Terdapat banyak lagi sumber antioksida yang boleh diambil melalui pemakanan terutamanya dari buah-buahan. Selain itu, lain-lain mineral seperti selenium yang diperlukan bagi memastikan sistem antioksida dalam badan kita berfungsi dengan baik juga boleh dilihat dapat membantu mengekalkan kesihatan badan kita. Badan kita, walau bagaimanapun, tidak mampu menghasilkan bahan-bahan yang dinyatakan. Oleh itu ia perlu diambil sebagai sebahagian dari diet kita.

Setiap ahli sukan perlu faham yang badan mereka memerlukan pelbagai jenis antioksida untuk bertindak dengan pelbagai jenis radikal bebas yang terbebas sewaktu tenaga dihasilkan. Mereka perlu memastikan yang mereka mengambil pelbagai jenis antioksida yang sesuai untuk memastikan radikal bebas dapat dibendung.

tired_runner[1]

Ahli sukan yang terlatih pada umumnya perlu mengambil lebih banyak antioksida untuk mempertahankan diri mereka dari tekanan oksidasi semasa latihan. Bagaimana? Mereka hanya perlu memastikan mereka mengambil makanan-makanan yang mengandungi aktioksida yang tinggi. Ahli-ahli sukan yang inginkan keputusan yang baik perlu melihat diet mereka dan mengambil makanan tambahan bagi memastikan kesihatan yang baik selain memperbaiki kadar pemulihan selepas pertandingan.

tired-track-runners

Program Nutrisi Vemma mempunyai kadar antioksida yang tinggi selain mengandungi vitamin dan mineral asas yang diperlukan badan kita. Program Nutrisi Vemma dilihat sebagai salah satu cara untuk memastikan badan kita sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi serangan radikal-radikal bebas ini.  Bagaimana mendapatkannya? Anda boleh mendapat maklumat lanjut untuk menjadi ahli atau membeli produk dari http://azmanali73.vemma.com.