PELAN GANJARAN VEMMA
Vemma ni bukanlah satu jenis pelaburan yang mana anda hanya duduk dan tunggu hasil.. tidak.. kita kena berusaha untuk mendapatkan hasilnya.. Ia juga bukan skim cepat kaya.. Ramai orang dah salah anggap tentang Vemma dan beranggapan yang bila kita masuk kita akan dapat pulangan dengan segera.. Anda perlu berusaha untuk mendapatkan ahli-ahli anda.. dan jika anda berjaya mendapatkan ahli, anda sudah semestinya mendapat ganjaran.. Jadi apa ganjaran yang boleh kita terima..
Berikut adalah bonus-bonus yang diberikan Vemma..
1. Pendapatan Pembinaan Kumpulan/Pasukan (Team Building Income)
Pendapatan Pembinaan Pasukan dicapai dengan mempromosikan peluang Vemma. Untuk membolehkan keahlian anda layak memperolehi pendapatan ini, anda hanya perlu menyertai program autoship kami bagi sekurang-kurang satu Program Pemakanan Vemma (60QV) dan melayakkan keahlian anda dengan mengadakan satu ahli Vemma yang aktif di kumpulan kiri dan satu lagi di kumpulan kanan anda. Ahli-ahli aktif di kedua-dua kumpulan kiri dan kanan mesti mempunyai pesanan minimum sebanyak 60QV tetapi mereka tidak diwajibkan untuk mempunyai keahlian yang layak.
Bonus berikut merupakan berbagai-bagai pendapatan Pembinaan Pasukan yang anda layak perolehi:
Instant Sponsor Bonus (Bonus Penaja Segera)
Hanya untuk jualan pertama, Penaja Upline Terus akan menerima Instant Sponsor Bonus sebanyak USD$4 atas pembelian ahli baru mereka, termasuk pembelian Family Pack. Pesanan berikutan akan dibayar dalam bentuk Cycle Bonus yang sedia ada. Bonus ini tidak memerlukan ahli yang aktif atau kelayakan keahlian. Namun demikian, seseorang Ahli perlu membuat sesuatu pesanan pada satu ketika. Bonus ini akan dibayar kepada setiap Ahli sekali sahaja dalam hidupnya.
Fast Start Bonus (Bonus Permulaan Cepat)
Pesanan Sebanyak 60QV.
Pendaftar yang layak akan menerima Fast Start Bonus atas pesanan pertama daripada ahli-ahli yang didaftar oleh mereka sendiri. Pendaftar layak mendapat USD10 dolar atas 1 pek; USD20 atas 2 pek. Untuk memperolehi Bonus Permulaan Cepat anda hendaklah menjadi ahli aktif dengan pesanan sebanyak 60QV.

Consistency Bonus (Bonus Konsistensi)
Sebagai Pendaftar, anda akan menerima Consistency Bonus seperti berikut atas setiap pesanan yang dibuat oleh ahli yang anda daftarkan; USD$3 Consistency Bonus (satu program Pemakanan Vemma); USD$6 Consistency Bonus (dua program Pemakanan Vemma), selagi anda menjadi ahli aktif dengan 120QV dan layak dalam keahliaan anda. Mana-mana Consistency Bonus yang dijanakan tetapi tidak layak diterima oleh Pendaftar berkenaan akan ditambah kepada jumlah nilai kitar mingguan.

Cycle Bonus (Bonus Kitar)
Pada hujung setiap tempoh jumlah jualan (mingguan), komputer Vemma akan menyemak kumpulan kiri dan kanan anda dan jika terdapat tiga jualan (180QV) dalam satu kumpulan dan enam jualan (360QV) dalam kumpulan lain, maka anda akan layak menerima Cycle Bonus berjumlah kira-kira USD$25 . Anda boleh menerima Cycle Bonus dengan banyak kali dalam satu tempoh masa yang sama! Tetapi anda mesti pada keadaan aktif dan layak dalam keahlian anda. Untuk memastikan akan mendapat bonus yang paling tinggi, Vemma akan mencampurkan wang sebanyak 50% daripada yang diborongkan kepada Dana Kitar pada setiap minggu.

Cycle Bonus
Bagi setiap keahlian tidak dihadkan dan baki jualan yang belum dibayar sebagai Cycle Bonus kepada ahli yang aktif tidak akan dibatalkan. Setiap jualan 2 Pek akan dikira sebagai dua jualan Cycle Bonus. Setiap jualan Pak Family akan dikira sebagai empat jualan dan setiap jualan Pak Super Family akan dikira sebagai enam jualan.
Anda tidak akan layak untuk menerima pendapatan sehingga anda telah melayakkan keahlian anda dengan mempunyai seorang ahli Vemma aktif dalam kumpulan kiri dan seorang lagi di dalam kumpulan kanan anda yang anda memperkenalkannya sendiri. Namun demikian, mana-mana jualan yang dicapai oleh kumpulan anda TIDAK akan dibatalkan dan akan disimpan sehingga anda melayakkan keahlian anda selagi anda menjadi Ahli yang aktif. Jika anda tidak layak dalam mana-mana minggu, maka jualan dari minggu tersebut tidak akan dikumpulkan. Jika anda tidak aktif dalam 4 minggu secara berturut-turut, maka mana-mana jualan minggu yang terkumpul akan dibatalkan. Jika anda tidak aktif dalam 24 minggu berturut-turut maka keahlian anda akan ditamatkan.
Enroller Matching Bonus (Bonus Sepadan Pendaftar)
Bonus ini membolehkan anda layak menerima 10% Enroller Matching Bonus atas Cycle Bonus Ahli-Ahli yang didaftar oleh anda sendiri. Untuk layak menerima Enroller Matching Bonus ini anda hanya perlu menambah pesanan Autoship bulanan anda sendiri kepada dua Program Pemakanan Vemma (120QV) dan mempunyai empat orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang anda daftarkan sendiri. Dua orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan ini ditempatkan pada sebelah kiri dan kanan kumpulan.Dua orang Ahli yang lain boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.
Second Tier Matching Bonus (Tahap Kedua Bonus Sepadan)
Anda bukan sahaja dapat memperoleh keuntungan daripada mereka yang anda daftarkan, tetapi anda juga layak menikmati 10% bonus sepadan atas Cycle Bonus seluruh Ahli yang anda daftarkan sendiri. Jika pesanan Autoship peribadi anda terdiri daripada dua Program Pemakanan Vemma dan anda mempunyai enam orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang anda daftar sendiri, maka anda akan layak untuk menerima bonus ini. Dua orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan ini ditempatkan pada sebelah kiri dan kanan kumpulan.Empat orang Ahli yang lain boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.
Pemampatan
Jika Pendaftar tidak layak untuk mendapat Matching Bonus atau Second Tier Matching Bonus, maka upline Pendaftar pertama yang layak akan menerima Enroller Maching Bonus. Second Tier Matching Bonus akan diserah kepada upline Pendaftar seterusnya yang layak. Enroller Matchning Bonus dan Second Tier Matching Bonus tidak akan dimampatkan kepada orang yang sama.
2. Pendapatan Runcit (Retail Income)
Bonus Konsumer
Pendaftar boleh mendapat bonus konsumer atas pembelian produk daripada konsumer yang diperkenalkan oleh mereka. Peruntukan bonus konsumer bagi Taiwan dan Malaysia adalah 20% daripada harga ahli atas penempahan pertama dan seterusnya.

3. Dana Bonus Global (Global Bonus Pool)
3% daripada keseluruhan jualan Vemma akan diperuntukkan sebagai bonus kumpulan global yang berlangsung setiap 12 minggu bagi menggalak pembinaan pasukan dan kerjasama sesama pemimpin. Untuk melayakkan diri kamu menerima semua syer daripada bonus ini, bilangan Bonus Kitar anda mesti mencapai atau melebihi syarat kitaran tertentu seperti yang ditunjukkan di bawah. Setiap pangkat yang kamu tercapai dan berkelayakan menerima bonus juga menghakkan kamu menerima satu syer daripada pangkat yang sebelumnya. Ini membolehkan kamu berpeluang untuk menerima sebahagian syer daripada pangkat lain.

Malahan, dengan mencapai kitaran tertentu dalam tempoh empat minggu anda boleh mencapai palbagai pangkat dan diperakukan sebagai pemimpin.

