Home party

Home party adalah aktiviti menjalankan perniagaan MLM menggunakan rumah prospek atau downline secara berkumpulan. Home party ada banyak kelebihannya yang tersendiri. Saya berikan kepada anda 7 kebaikan aktiviti home party iaitu:

  • Anda dapat memperkenalkan barangan syarikat secara berkumpulan

Produk yang anda bawa itu diterangkan secara mendalam kelebihan dan kebaikannya. Selain itu, anda dapat bekerja secara berkumpulan. Ini mewujudkan kemantapan dalam melakukan home party. Apabila bekerja dalam kumpulan, sudah pastinya setiap kelemahan dapat diatasi. Anda dapat berkongsi produk. Dengan kata lain, tidak perlu susah-susah bawa banyak produk. Melalui home party, anda boleh berkongsi produk denganorang lain. Berkongsi produk bermakna berkongsi kemahiran.

  • Anda boleh menaja ahli baru

Apabila mereka tertarik dengan kelebihan produk syarikat dan rancangan pemasaran, pelawa mereka menjadi ahli. Nyatakan kepadanya kelebihan diskaun membeli barang apabila menjadi ahli dan bonus yang diperoleh apabila menaja dan menjual.

  • Anda menjadi guru kepada downline

Mereka boleh melihat anda mempromosi barang dan memberikan penerangan tentang rancangan pemasaran. Ini kerana, mereka akan menduplikasi daripad anda suatu hari nanti.

  • Anda dapat menjimatkan masa

Anda tidak perlu menjaja dari rumah ke rumah ataupun menaja dari rumah ke rumah. Berpusat kepada satu rumah sudah mencukupi. Satu rumah  boleh memuatkan 10 hingga 20 orang.

  • Anda dapat menjimatkan wang.

Tanpa kos yang mahal, anda boleh promosikan barang. Anda hanya sekadar perlu keluarkan sedikit modal bagi jamuan ringan.

  • Anda mendapat semangat dan enjoy dalam MLM

Suasana berkumpulan dalam menjalankan perniagaan MLM dapat memberikan semangat. Apabila bekerja seorang diri, suasananya amatlah tidak menyeronokkan dan mood yang rendah.

  • Anda boleh menjalankan aktiviti home party di rumah prospek yang lain

Apabila mereka tertarik dengan cara dan gaya anda mempromosikan barang, tidak mustahil ada lagi susulan home party di rumah orang lain.

Klik di bawah untuk cara-cara mengadakan “home party”.

Langkah-Langkah Mengadakan “Home Party”

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay