CIRI-CIRI BERJAYA DALAM MLM

1. SRP

Orang yang ingin berjaya dalam perniagaan MLM mestilah mempunyai ciri-ciri SRP.

S – Sabar : ada pelbagai kategori sabar iaitu sabar dihina, sabar walau tidak berjaya menaja atau menjual, sabar apabila dimarahi, sabar menunggu hari-hari kejayaan dan sabar menangani kerenah downline.

R – Rajin : adalah rajin dalam menjalankan proses perniagaan MLM, rajin buka mulut dan bercerita tentang MLM, rajin mengurus downline dan memberikan ilmu kepada downline, rajin muncul kehadapan menjadi penceramah barangan ataupun marketing plan dan rajin menimba ilmu dari masa ke semasa.

P – Peramah : perlu bersikap perama dengan sesiapa sahaja. Dalam perniagaan MLM, no talk no money berbanding dengan perniagaan biasa, no money no talk. Jadi perniagaan yang dikatakan 70% hubungan sesame manusia sudah tentu perlukan anda bersikap peramah.

2. Sentiasa Mahu Belajar

Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu banyak belajar. belajar pula banyak elemennya. Di antara elemen belajar adalah

    1. Belajar daripada kesilapan
    2. Belajar dari pada pengalaman
    3. Belajar daripada kursus
    4. Belajar daripada meeting
    5. Belajar daripada upline
    6. Belajar daripada buku-buku sama ada dalam atau luar negeri.

Dengan ilu, kita dapat melakukan kerja dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik dan tidak mustahil kita akan mencapai kejayaan hingga ke puncak. Setiap kali melakukan kerja MLM ini, kita tidak lari daripada kesilapan. Jadi, belajar daripada kesilapan dan betulkan dengan dengan seberapa kali kita mampu.

Contohnya Thomas Eva Edison. Beliau belajar lebih daripada 100 ribu kali daripada kesilapan dan akhirnya beliau berjaya mencipta lampu mentol. Agak-agaknya berapa kali anda melakukan kesilapan? Jika setakat gagal taja sampai 10 kali, itu bukan bererti gagal selamanya. Orang yang berjaya, gagal berkali-kali dan akhirnya menemui petua dan formula untuk mengatasi kegagalan itu. Menurut Vice Lombardi, “Percubaan yang agung adalah sesuatu yang mulia walaupun percubaan itu gagal.”

Orang yang berjaya juga belajar dari kursus dan meeting. Mereka tidak akan ponteng di majlis ilmu tersebut. Di situ anda belajar daripada orang yang berjaya. Walaupun dalam meeting, anda lihat penceramah jemputan bercerita benda yang sama. Tetapi apabila dilihat secara teliti, cara penyampaian mereka adalah berbeza. Bahkan, anda dapat pelbagai penemuan testimony berdasarkan cerita pengalaman penceramah jemputan.

3. Sentiasa bersedia

Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa bersediadari segi fizikal dan mental. Aspek yang paling utama adalah dari segi rohani. Ini kerana, apabila rohani kita baik, maka baiklah tubuh kita. Apabila rohani tidak baik, jiwa tidak tenang dan fizikal tidak terurus. Ini akan memberikan perspektif yang negative kepada kita. Bagaimana orang hendak percaya kepada kita bila melihat kita rupa sedemikian? Kepercayaan penting kerana apabila orang mempercayai kita maka mudah bagi kita menjalankan perniagaan ini.

Bersedia dari segi mental adalah bersedia dari segi kecerdasan otak. Dahulu aspek yang diberi penekanan adalah IQ atau tahap kecerdasan otak. Maksudnya apa sahaja pekerjaan boleh menemui kejayaan apabila individu itu memiliki IQ yang tinggi. Kini kajian mendapati, IQ atau intelligent Quotient hanyalah 20% sahaja. EQ atau Emotional Quotient (kecerdasan emosi) dan SQ atau spiritual Quotient (kecerdasan spiritual/ rohani) memainkan peranan yang lebih penting dalam kejayaan sesuatu bidang. Apabila EQ digabungkan dengan SQ jadilah ESQ atau Emotional Spiritual Quotient. EQ melibatkan hubungan sesame manusia atau human relationship manakala SQ pula adalah hubungan manusia dengan Tuhan.

Mental anda perlu berfikir posotif dan bersabar dengan segala rintangan yang bakal anda hadapi. Bersedia menerima ujian kegagalan, kesakitan dan kesedihan. Apabila anda lulus baru anda boleh menikmati kejayaan yang gilang gemilang. Pandang setiap kesusahan dan kepayahan sebagai satu pengalaman yang manis dan ujian daripada Tuhan. Dengan cara ini, emosi anda stabil dan rohani anda semakin meningkat. Keberkatan amat penting dan ingatlah Tuhan sentiasa bersama orang yang sabar.

Setiap kejayaan akan mempunyai rintangan dan masalah yang perlu dihadapi. Setiap perjuangan pasti perlu melalui onak dan duri terlebih dahulu. Kualiti diri meningkat apabila onak dan duri itu dapat diatasi. Kita tidak boleh mengelak daripada risiko tetapi kita boleh mengurus risiko itu dan selesaikan dengan jayanya. Dalam Quran, diulang dua kali dalam surah Al-Insyirah, “ Maka sesungguhnya, dalam kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya dalam kesukaran itu ada kemudahan”

4. Memiliki imaginasi yang luar biasa

Albert Einstein pernah berkata, “Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan.” Setiap pekerjaan yang hendak dilakukan perlu dimulai dengan imaginasi. Ini yang membezakan seseorang kita dengan orang lain. Tanpa imaginasi, tindakan anda tidak hebat dan tidak boleh dianggap luar biasa.

Dalam MLM, banyak rintangan dan halangan yang perlu dihadapi. Namun imaginasi yang cemerlang dan luar biasa dapat mengatasi segala rintangan yang dating. Imaginasi bukan angan-angan kosong. Tetapi imaginasi adlah angan-angan yang terarah pada satu matlamat beserta dengan tindakan yang jitu. Setiap saat, imaginasikan diri anda berjaya dan rasailah kejayaan anda. Bayangkan anda berjaya, bercakap seolah-olah anda seorang yang berjaya dan mengambil tindakan seolah-olah anda telah berjaya. Contonhya adalah Napoleon Bonarparte. Beliau sentiasa berimaginasi bahawa beliau sebagai tentera dan beberapa tahun selepas itu, beliau benar-benar menjadi tentera.

Kisah Henry Ford dan V8

Henry Ford memperkenalkan motor V8 yang memiliki 8 silinder dalam satu blok. Henry berimaginasi dan mengeluarkan imaginasinya itu pada kertas. Boleh dikatakan semua jurutera menyangkal dan menganggap imaginasi Henry Ford adalah mustahil. Henry Ford mengeluarkan satu kenyataan pendek, “buat sahaja!”. Lebih setahun kemudian, Ford berjaya dan menjadi jutawan.

Berdasarkan cerita di atas, kekuatan yang membuatkan Henry Ford berjaya adalah imaginasinya yang hebat. Begitu juga dengan anda. Biar seramai mana pun rakan ataupun musuh mengatakan kepada anda bahawa anda akan gagal dan mustahil berjaya, namun tida satu pun yang boleh mempengaruhi imaginasi anda. Imaginasikan diri anda sudah pun menjadi jutawan dalam MLM. Saya suka ingatkan anda dengan dua perkataan, “Buat sahaja”.

5. Analisis diri

Tuhan menganugerahkan kepada manusia kebolehan menganalisis dalam setiap perkara. Salah satu teknik analisis adalah SWOT.

Teknik analisis SWOT

S

Strength

W

Weakness

O

Opportunity

T

Threat

Strength (kekuatan / kelebihan)

Cari kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Melalui kelebihan, anda dapat pertingkatkan dan gunakan ia sewaktu anda menjalankan perniagaan MLM. Fokuskan kelebihan anda. Dengan cara ini, anda lebih berkeyakinan dalam melakukan perniagaan MLM. Apabila anda bekerjasama sesama ahli, sudah pasti anda dan ahli yang lain dapat menggunakan kelebihan masing-masing.

Weakness (kelemahan)

Kaji dan betulkan kelemahan yang ada pada diri anda. Jangan jadikan kelemahan anda sebagai alas an tidak dapat melakukan perniagaan MLM dengan baik. Kelemahan bukan bagi dikesali tetapi kelemahan bagi diatasi. Katakana anda lemah dalam berceramah, anda boleh berpakat dengan upline bagi menyelia cara anda berceramah. Setiap kritikan yang membina, terima dengan ikhlas dan dengan hati yang terbuka.

Opportunity (peluang)

Carilah peluang dalam perniagaan MLM ini. Peluang ada banyak iaitu peluang memilih syarikat, peluang belajar, peluang mendapat ramai kawan, peluang menjadi kaya, peluang menjadi pemimpin dan banyak lagi peluang yang anda akan dapat yang semestinya lumayan.

Threat (ancaman)

Elakkan takut daripada ancaman seperti ancaman kemiskinan, ancaman kegagalan, ancaman kesihatan, ancaman kemalasan serta pelbagai ancaman yang cuba menggugat kestabilan kehidupan anda.

6. Rela berkorban

Agama sentiasa mengajar manusia supaya rela berkorban demi kejayaan dan keutuhan agama. Tanpa pengorbanan manakan boleh agama disebarkan ke seluruh pelosok dunia. Bayangkan bagaimana agama Islam boleh sampai ke China, India, Nusantara dan Eropah? Tidak lain dan tidak bukan, ia disebabkan oleh pengorbanan para pendakwah meninggalkan kampung halaman mereka dan belayar selama bertahun-tahun dengan satu tekad dan tujuan iaitu menyebarkan agama Islam.

Begitu juga dalam perniagaan MLM ini, apabila anda tidak sanggup berkorban, sudah pasti anda gagal. Hendak keluar rumah menaja, rasa malas. Hendak belajar melalui meeting rasa letih. Hendak service downline rasa tiada masa. Sudah tentu sikap begini tidak memberikan sebarang hasil. Pengorbanan dalam peperangan ataupun menyampaikan agama Islam ke seluruh dunia.

7. Sentiasa ingin berkongsi

Perniagaan networking ini memerlukan anda berkongsi daripada segala segi.

Perkongsian pertama – berkongsi kebaikan produk.kebaikan produk berdasarkan pengalaman menggunakan produk 100% dan dapat merasai dan melihat dengan jelas kesan positif menggunakan produk tersebut.

Contohnya, propolis atau enzim lebah memiliki berbagai-bagai kebaikannya tersendiri. Sebagai pengedar, anda sentiasa bersedia berkongsi dengan orang lain kebaikan produk tersebut. Perkongsian ini memberikan kebaikan kepada orang lain. Pemakanan tambahan memang boleh menjadi penahan daripada berbagai-bagai penyakit yang berbahaya.

Perkongsian kedua – berkongsi menambahkan pendapatan yang lumayan. Anda tidak sabar-sabar ingin menaja bagi berkongsi peluang menambahkan pendapatan yang lumayan. Anda sudah pun rencam pelan pemasaran syarikat anda ingin menaja dan berkongsi penawaran syarikat melalui keinginan yang lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya bermaksud mengenakan seseorang.

Perkongsian ketiga – berkongsi ilmu pengetahuan. Ilmu yang anda peroleh tanpa sembunyi-sembunyi anda curahkan kepada downline anda dengan ikhlas. Bahkan tanpa rasa jemu anda mendidik downline anda dengan jujur dan sabar. Apabila ada kursus, anda hadiri dan pelajari serta menyampaikan pula kepada downline. Pendek kata, setiap apa yang anda dapat anda kongsikan bersama downline.

Perkongsian keempat – berkongsi tenaga bagi bekerja. Anda tanpa rasa jemu turun padang bergerak bersama-sama dengan downline melakukan penajaan dan jualan.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay