Bagus soalan ni. Okay, sepertimana yang kita tahu, bisnes internet Vemma adalah bisnes yang boleh dijalankan secara online. Bila kita kata online, maksudnya kita hanya perlu online. Tak perlulah kita pergi keluar mencari customer seperti sesetengah bisnes yang lain. Kita juga tak perlu menghantar produk kepada ahli baru kita kerana ia telah diuruskan oleh Vemma sendiri.

Saya yakin ada antara rakan-rakan kita yang juga surirumah yang mempunyai sedikit masa terluang. Masa ini mungkin digunakan untuk menonton TV atau lain-lain perkara yang tidak mendatangkan hasil. Okay.. cuba bayangkan kalau setiap jam yang terluang itu digunakan untuk membuat promosi laman web dan juga follow-up Pre-Enrollee, bukankah lebih berfaedah kalau Pre-Enrolle tu upgrade jadi Paid Member.  Setiap jam yang terluang kita gunakan untuk membina rangkaian pemasaran kita. Semakin lama, semakin banyak pendapatan yang kita boleh jana hanya dengan meluangkan sedikit masa untuk bisnes Vemma ini.

Saya juga pasti ramai antara surirumah yang inginkan satu bisnes yang memberikan mereka kebebasan selain keseronokan berniaga. Ada juga yang fikir mereka patut menyumbang kepada pendapatan keluarga dengan cara mereka sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada pendapatan suami. Vemma membuka peluang kepada mereka ini.

Menjana pendapatan dari rumah bukanlah sesuatu yang mustahil. Semakin ramai yang berjaya dengan bisnes dari rumah ini. Ada juga yang dulunya bekerja kini dah jadi surirumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan Vemma. Bagi saya, inilah perniagaan internet yang bukan sahaja membantu kewangan kita malah kesihatan kita kerana produk yang dipasarkan adalah produk kesihatan yang terbaik.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay