Archive for January, 2010

Bisnes Internet Yang Hebat

Bisnes Internet Vemma merupakan bisnes internet pertama yang aku masuk setelah begitu lama memikirkan bisnes apa yang aku nak join. Dah lama sebenarnya aku berangan nak berbisnes ni, cuma tak kesampaian. Apa taknya, macam-macam kos nak kena keluar. Belum start pun kita dah nak kena keluar beribu-ribu ringgit untuk bermula. Bila bermula nak kena keluar modal yang berterusan pulak tu. Tapi bila aku tengok bisnes internet Vemma ni. Aku rasa lain macam aje, tak sampai beberapa minit aku baca maklumat dalam website dia, aku terus upgrade. Kenapa? Aku memang mencari satu bisnes yang produknya akan digunakan oleh ahlinya.

Antara sebab utama aku pilih Vemma adalah produknya. Ia merupakan satu produk yang bagi aku “revolutionary” kerana ia merupakan vitamin dan mineral dalam bentuk cecair. Ia juga mengandungi antioksidan yang tinggi. Masa tu memang tidak terfikir langsung tentang bisnes plan Vemma. Bila dah join, barulah aku tahu yg ia juga mempunyai pelan ganjaran dan pelan bisnes yang menarik. Apa tak menarik pulak kalau dengan bermodalkan RM342+RM70 sebulan anda berpeluang untuk mendapatkan sehingga RM3800 seminggu dalam bentuk bonus kitar atau Cycle Bonus. Tiada had untuk komisen atau Fast Start Bonsu.jika kita dapat introduce orang dalam bisnes ni. Bayangkanlah kalau ada 10 orang join jadi bisnes partner melalui laman web kita dan ambik ultimate pakej.. pehh.. RM9500 kalau kita ambik single pack tapi RM15200 kalau kita memang dah ultimate.

Ia juga bisnes yang paling mudah pernah aku lihat. Kerja kita hanya promosikan website kita.. dan bila dapat prospek kerja kita follow up mereka dengan apa cara sekalipun. Ia juga satu bisnes fleksibel, sebab kalau kita rasa nak buat marketing offline pun boleh. Walau bagaimanapun, sistem Vemmabuilder yang digunakan banyak membantu melancarkan urusan bisnes ini secara online. Yelah, sebab aku tak suka sangat jumpa orang, memanglah aku banyak bergantung kepada pemasaran online. Kita juga diberikan dua (2) ofis maya yang banyak membantu dalam menguruskan perniagaan kita.

Memang best bisnes ni.. Seriously aku tak kisah kalau income aku belum mencapai jumlah yang sepatutnya. Sebabnya yang aku lihat bisnes ni adalah bisnes jangka panjang bukannya jangka pendek. Kita perlukan masa untuk bina rangkaian yang betul-betul kukuh.. tak guna kalau kita dapat ramai orang yang jadi bisnes partner kita tapi hanya untuk tempoh sebulan.

So, adakah saya sudah benar-benar menjana income dari rumah? Jawapannya Ya. Income dari rumah sudah mula saya perolehi, walaupun jumlahnya masih kecil tapi ia tetap income. Takleh nak komplainlah.. salah sendiri sebab tak bagi effort masa awal-awal dulu.

Sekarang ini aku fokus untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu untuk memperlengkapkan lagi diri aku ini untuk mengharungi dunia perniagaan internet yang penuh dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Kalau tak mencuba, sampai bila pun kita takkan dapat merasai keghairahan berniaga ini.

Advance Training Vemma Di JB

Akhirnya dapat jugak aku attend training dengan ahli-ahli Vemma yang lain (selain dari VFTlah). Training yang dibuat ini dalam kumpulan yang lebih kecil jadi mudah untuk peserta untuk mengemukakan soalan. Platinum Nasoha telah memberikan banyak idea baru yang boleh digunakan. Antara yang menarik perhatian adalah seperti penggunaan Facebook dan Gmail dalam bisnes ini. Rupa-rupanya banyak lagi benda yang aku tak tahu tentang dua-dua kemudahan tu. Thanks A Lot Nasoha.

DSC00349Platinum Nasoha bagi talk tentang teknik-teknik promosi efektif.

Upline aku Diamond Nurul Amir pulak diberi peluang untuk memberikan testimoni kejayaan beliau selama di Vemma. Well said, I must say.

Terus terang aku katakan training in person ni penting sebab kita akan lebih faham tentang cara-cara promosi yang betul. Inilah juga peluang untuk kita belajar daripada orang yang lebih mahir daripada kita. Kita tak perlu malu untuk belajar walaupun orang itu lebih muda dari kita. Dapatkan ilmu daripada mereka yang lebih berpengetahuan tak kiralah siapa mereka.

Aku betul-betul berterima kasih kepada Hartinie yang membenarkan aku masuk Advance Training ni. Aku sebenarnya tak daftar pun, main redah je.. Yelah dah dapat peluang redah ajelah.

Lagi gambar-gambar dari sessi training tadi.

DSC00348Macam mana nak godek gmail??

DSC00350Star Platinum Razrul datang utk memberikan sedikit motivasi kepada peserta

DSC00352dah habis.. sessi perbincangan antara leader-leader.

DSC00351Dengan Star Platinum Razrul..

Semangat Vemma.. Thanks Faizal Tahir

Vemma Team JB: Pendaftaran Sessi Training (Basic & Advance) Jan 2010

Pendaftaran bagi sessi training oleh team VeMMA JB bagi bulan Jan 2010 dibuka SEKARANG!

Tarikh Latihan : 10hb Jan 2010 (Basic Training) , 24hb Jan 2010 (Advance Training)

Masa : 10:00am ~ 2:00pm

Lokasi : SR2-A, Smart Auto Centre, Jalan Langkasuka, Larkin

Bayaran : RM20 untuk kedua-dua sessi training sekaligus (sekali bayaran)

Bayar kepada : Hartini binti Hamid [1010 1120 9954 (Maybank) ,0114 0001 7222 09 (CIMB)]
* SMS 012-7619132 (Tini) selepas bank-in

Peringatan :
- Terhad kepada 10 orang terawal sahaja
- Sila bawa laptop, extension wire, BB

Business Preview Di Kuantan

VeMMA Business Preview Kuantan

Perhatian..!!

Anda dijemput ke vemma business + internet marketing preview !!!

HARI : Ahad (17 Januari 2010)
JAM : 2.00 ptg – 5.00 ptg
Tempat : Annexe Resort Kuantan,

Jalan Teluk Sisek,

25000 Kuantan

Pahang Darul Makmur

Bayaran: RM10 seorang – byr semasa pendaftaran

*  Tempat duduk TERHAD. (50 org shj)

Tempahan : 0133721958 – Pn Zainita.

VFT is here again..

vft_100220